Kenali Sabah

WELCOME TO SABAH

Sabah merupakan salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia. Negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Walaupun berstatus negeri di Malaysia, sebilangan besar kawasan di bahagian timur Sabah masih lagi dituntut oleh kerajaan Filipina.Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah, yang sebelum ini dikenali sebagai Jesselton. Sabah terkenal dengan jolokan "Negeri Di Bawah Bayu".

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kadar 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Deskripsi:
1. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman,
2. Putih melambangkan kemurnian dan keadilan,
3. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan,
4. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran,
5. Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

...teruskan bersama cikgusifu untuk info selanjutnya...:-)