Monday 14 November 2011

UPSR!! & PESANAN!!

upsr...
umum mklum,upsr adalah akronim bg Ujian Penilaian Sekolah Rendah...(kalau masih x tahu,mknanya org tu x pnah sklh or bkn malaysian.)

biasa la,nmanya pun cikgu.mestilah ada entri yg bkaitan dgn kerjaya.DUA DUNIA CIKGU!! ok,berbalik pd tajuk entri kali ni,sbnrnya aku ingin berkongsi rasa berdebar dlm diri. tp bkn sbb aku yg mnduduki upsr,tp krn aku mngjr murid2 tahun6.murid2 yg mnduduki upsr..huhu..

aku ajr subj BM.huhu lg..ni tahun ptama aku diberi tggungjwb menggalas tugas sbgai guru tahun 6..setelah 6 thn jd cikgu..(ala,stakat cikgu sklh rndh.apa kelas???) ehh,kalau bkn sbb ckgu sklh rendah,x ramai yg jd cerdik pandai tau!!

ok.continue crita..

17/11 ni keputusan rasmi akn diumumkan.lg 3 hr..'bos besar' aku dgn targetnya..aku dh bkerja keras slma 9 bln + 10 hari ( sma mcm ibu mengandungkn aku..hihi..) mgjr ilmu 'kemelayuan' kpd pljr2 ku.. hrap2 dorg x me'LAYU'..NAUZUBILLAH!

dipndekkn crita..

smga dgn usaha gigih mrka slma ini dan jg doa parents mrka serta doa kami semua mka 1 kputusan yg tbaik dpt diperoleh.amin.

cikgusifu dgn rendah diri ingin mohon kpd pr readers d luar sana,dgn seihlas hati kalian, kita sama2 mdoakan yg tbaik utk pljr2 sluruh malaysia..yg mungkin dikalangan adik kita sndiri.sedara mara kita..

YA ALLAH,..
KAMI HAMBAMU,YG TAAT AKN SEGALA PERINTAHMU,
MENADAH TANGAN MEMOHON KPD MU,
AGAR,
ENGKAU BERIKANLH KEJAYAAN KPD MEREKA YG SEDANG DAN TELAH BERJUANG KE JALANMU YA ALLAH..
AMIN.

aik..mcm plik ja crita aku ni..lantaklah..inikan blog aku..hihi..

PESANAN- kpd sesiapa yg mbaca enti ini, SEGERA cari guru yg pnah mgjr anda dan yg masih idup..(guru sklh rendah lg baik) ,setidaknya ucapkan trma kasih!! krn tnpa mereka,anda semua xkan kenal BLOGSPOT,WORDPRESS,LIVEJOURNAL dll.tmasuklah aku sndiri.

undur diri..:-)

Friday 11 November 2011

"Life Must Go On"



Tips Menghadapi Peperiksaan

Entri kali ini aku tujukan khas buat pelajar2 yg akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lg. Dengan sedikit tips ini diharapkan, pelajar2 dapat menggunakannya sebagai panduan persediaan menghadapi peperiksaan.Insyallah.

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu.Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Latihan & Ulangkaji Berterusan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Wednesday 9 November 2011

konpius..:-)

Mlm ni nak post gmbr2 lawak la pulak...
saja nk me'release'kan otak yg tgh berserabut...
jom kita tgk sama2
1. resit ni berbaur ayat2 lucah sket...nasib baik vacum..kalau *tutttt*.. :-)

2. sejak kejatuhan Pak Lah..KJ pun bkerja sbg pemandu teksi...:-) 
p/s: nasib baik ISA dh mansuh kalau x boleh kena tangkap aku ni..hahaha...

 3. Jom hapuskan najis dadah. Malaysia maju tanpa dadah..:-)

Gmbr2 yg mbuatkn aku tgelak kecil..haha..teruskan bersama cikgusifu..*smpat lg mempromote blog..hihi..*

*kalau lawak sila la 'like' ye..:-)



Monday 7 November 2011

kerja oh kerja

Assalamualaikum... para pembaca setia..:-)
ahhhh...seronok rasanya dapat bercuti slma 2 hari...*cuti yg x dsengajakn..*haha
namun cuti sudah berakhir
kejap lg aku akn mengharungi lautan yg tbentang luas
seperti x berpenghujung
uhhhhhh...ombak!!!!
namun,

"hadapi dengan senyuman"

life must go on!!

itu la kata2 penguat semangat yg ku genggam serapat-rapatnya!
kerana...

PENGORBANAN MENDIDIK ANAK BANGSA TIADA UKURANNYA!

Saturday 5 November 2011


Tetibe mlm ni aku teringat lagu Dewa19.."Hadapi Dengan Senyuman"...dek krn aku mimg hafal lagu ni...smbil menyanyi aku pun tulisla dlm entri aku kali ni...:-)

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Sj aku kongsikn bait2 lagu ini krn lagu ni sbnrnya mengajar aku supaya "Life Must Go On"...:-)

Wednesday 2 November 2011

Terima Kasih

Hati kecil ini terdetik ingin mengucapkan "Terima Kasih"...
Tp kpd siapa?????
Hah...Tgk la gmbr awek comel kt atas tu...:-)
Namanya Fiza Mastar...
dialah MENTOR ku...
Tanpa dia, x mungkin blog ini dihasilkan...:-)
Comel kn dia? bertuahnya aku..hihi...
Anyway...

Thank You Cousin...

Skrg aku mengerti betapa hidup ini sememangnya perlukan "cikgusifu"...
(*-*)